Monday, January 26, 2009

Pemaaf

Aku sering bertanya pada diri.. adakah aku sorang yg pemaaf atau dlm erti kata laen seorg yang sng caer? sudah berkali ku patah hati dgn si dia... tapi pabila mendapat msg darinya.. hatiku riang.. riang bagai terbang di awan.. mahupun cara menulis msgnya tidak sama seperti dulu... aku tetap brpuas hati.. berpuas hati kerna dia akhirnya teringat akan kehadiranku dlm hidupnya.. ditambah pula dgn dia menulis blognya menggunakan nama manja kami bersama... hatiku bertambah gembira tak terkata.. ingatku banggakan bahawa nama yg digunakan adalah nmpk manja kami berdua.. tp apakan daya... aku tiada apa dgnnya.. tidak dideclare.. aku sering bertanya.. adakah aku masih menaruh harapan padanya?.. mungkinkah aku belom berputus asa dgnnya.. aduh.. mengapa aku begini?.. adakah ini kerna cintaku terhadapnya begitu mendalam.. sehinggakan FS ku dihantar comment2 oleh kwn2 lamaku tidak ku balas.. ku berharap setinggi langit yg dia yg memberi comment kepadaku.. mengapa terjadi begini terhadap diriku?.. aku runsing.. runsing berjuta persoalan..
Adakah dia mmg begini pabila berada di rumahnya?
Adakah segalanya akan berubah pabila kita kembali ke institusi?
Adakah aku mencintaimu begitu mendalam sekali?
Adakah si dia merasakan yg sama dan malu untuk berkata-kata?
Tolonglah aku!

Sunday, January 25, 2009

Terkilan

Tadi aku mencorak langkah dgn menghantar msg kepade si dia.. ku berfikiran positif dgn memikirkan si dia sedang menunggu msg dariku.. pabila ku hantarkan msg.. die membalas dan aku tidak nampak akan kerinduan dan penantian menunggu msg dariku... aku hampa.. kemudian die membahasakan dirinya dgn "aku".. aku amat terkilan kerna setelah sekian lama.. istilah " aku dan kau " sudah jauh meninggalkan kami.. aku terkilan dan tidak membalas msgnya dan dia tak memberikan respon... aku sedar.. yang dia tidak merindui aku mahupun mahu berkata-kata dgnku.. aku amat pasrah dan amat terkilan.. mungkin si dia mempunyai sebab2 tertentu yang tidak sempat dibicarakan bersamaku.. mungkin dia sudah mempunyai yg laen.. soalan2 kembali di otakku..
Mane pergi panggilan manja kite?
Mane kamu menghilang setelah sekian lama tanpa sebarang berita?
Kamu sudah ada buah hati kamu?
Adakah aku tiada tempat di hati kamu?
Adakah aku hanye tempat melepaskan kebosanan semasa di tempat kita belajar?
Mungkinkah family membuatkan kamu lupa akan aku?
Pemikiranku semakin kronik.. mungkin ku perlu bertenang da terus bersabar...

Konfius

Sudah 3 hari.. 3 hari tanpa msg dan misscall dari si dia.. setiap masa.. setiap saat.. setiap kali ku baring.. setiap kali ku bgn dari tidur.. setiap kali ku melihat ensetku.. sejuta harapan akan mendapat msg.. misscall itu pun sudah cukup buat ku.. setiap kali msg ku sampai.. ku berharapan kosong utk berharap ianya dari si dia.. ku pasrah.. setiap kali telefon ku brbunyi.. ku mengharapkan dari si dia... aku tegila-gila kan si dia.. setiap malam.. sebelum ku tidur.. ku tunggu enset ku utk berbunyi.. dgn harapan mendapat msg gud nite.. harapan kosong.. mcm2 ku fikirkan..


Adakah dia bersama familynya sehingga lupakan ku?
Adakah die keluar bersama "rakan"nya?
Adakah die menunggu msg dariku jua?
Adakah die sememangnya mengisi masa lapangnya bersamaku dan meninggalkanku pabila tidak diperlukan?


Hanya Tuhan yg mampu menjawab semua persoalanku ini...

Saturday, January 24, 2009

Bodoh??

Aku sering terpinga-pinga.. adekah aku ni bodoh?.. aku tgh tunggu org yg tak mungkin suke kat aku.. aku tgh syok sendiri bile die msg aku.. adekah aku ni benar2 bodoh?.. semasa di dalam bas.. ku sering mengharap si dia duduk di sebelahku.. pebila ade gadis masuk.. ku mengharapkan yg masuk itu adalah si dia.. cukup la sekadar aku melihat raut wajahnya.. cukup lah utkku melihat senyum manisnya dari jauh.. cukup lah utkku membuatnya sedikit gembira dan melupakan kisah silamnya.. tapi.. aku sering terpinga-pinga.. adakah ini cukup buatnya utk melupakan yg lame nak menghargai kehadiran diriku dlm hidupnya?.. ku rasakan ianya tidak berhasil.. mungkin kerana aku malu utk berterus terang dgnnya.. sedangkan utk berckp dgnnya pon aku terkertar-ketar.. ni pula meluahkan perasaan aku.. jauh sekali.. adakah aku ini bodoh dgn gembira terlonjak-lonjak pabila mendpt msg darinya?.. mmg aku gila.. setiap msg yg diberinya akanku hargai dan akan ku cuba untuk melanjutkan sessi bermsg walaupun aku sudah mati akal utk berkata-kata... huh!.. aku sudah letih..
Mungkinkah aku harus meneruskan perjuangan aku?
Mungkinkah aku harus melupakan si dia?
Mungkinkah aku haru melipat gandakan usahaku utk si dia?
Mungkinkah aku harus berterus-terang dgn dia?
aku takot... amat takot.. aku takot utk dikecewakan.. aku takot utk berhadapan dgnya.. aku hanyalah insan yg lemah yg dahagakan kasih syg.. kasih syg.... berilah ku sedikit sinar.. berikanlah aku sedikit peluang.. akan ku hargainya seluruh hayatku..

Lonjakan Hatiku

aku.. byk perkara yg kufikirkan.. mcm2 yg terlintas... mengenai seorang gadis yg amat menarik.. menarik minat ku sejak pandangan pertama.. ramai yg bersuara tiada cinta pandang pertama.. aku akur dgn itu.. kami belajar bersama-sama.. baek nakal sudah aku tahu.. tapi yg memasrahkan si dia sudah berpunya.. buah hatiku sudah berpunya.. bukan olehku.. tp org lelaki yg sgt beruntung.. aku hanya redha da pasrah... aku doakan kebahagiaannya... setelah setahun lebih bersama.. aku dpt berita yg die sudah single mingle.. hatiku melonjak gembira.. tapi aku tak dpt ambil peluang ini utk meluahkan perasaan aku kerna si dia amat menyintai yg lama.. ditangisi akan pemergiannya setiap hari.. aku yg sepatutnya gembira akan tetapi sedih dgn hal ini.. ini kah yg dinamakan rezeki atau ini menandakan hati si dia hanya utk lelaki lain.. aku pasrah sekali lagi.. akan tetapi setelah sekian lama.. hubungan kami semakin erat.. erat sgt2.... tp aku masih bingung.. rupa parasku x seberapa.. perwatakan ku tidak lah menarik kerna aku takot dgn kegagalan utk menggembirakannya.. aku tidak tahu apa harusku lakukan.. mcm2 yg kufikirkan..

adakah si dia rapat dgn ku hanya sekadar memenuhkan rasa bosannya?
adakah si dia rapat dgn ku hanya utk melupakan masa silamnya?
adakah si dia rapat dgn ku kerna die juga berperasaan sama sepertiku?
adakah si dia rapat dgn ku hanya sebagai rakan?

Aku bingung!!.. bingung kerna memikirkan semuanya!!..