Thursday, April 30, 2009

ILY

I Love You Syg! =)

Monday, March 30, 2009

Aku

Aku sudah lupakan kisah lama..
mahu mulakan kisah baru...
susah..
payah..
sukar...
macam-macam diharungi...
aku cuma mengharap..
dgr adanya Si Dia..
aku tidak hilang apa2..
wish for my happiness plsss..

Monday, March 2, 2009

Sudah Lama

Sudah lama aku menyepi.. mungkin kerna sepi?..
mcm2 yang berlaku baru2 ini.. sedang lemas dlm kesepian..
seseorang dtg menemaniku.. aku cukup bersyukur dgn kehadirannya..
kerna aku tau... diriku tidak bermakna.. keluhan ku tiada sapa yang dgr..
aku tau.. aku sedar.. luaranku menampakkan kegembiraanku..
tapi hanya Tuhan saja yang tau isi hati ini..
hari2ku bertambah indah dgn kehadirannya..
dialah tempatku bermanja..
dialah tempatku bergembira..
dialah tempatku meluahkan perasaanku..
aku gembira yang amat dgn hadirnya dia dlm hidupku..
ku bertambah ceria.. kerna dia juga..
mempunyai masalah yang sama..
menyukai seseorang dan sukar untuk meluahkannya..
berlainan sedikit dgn masalahku dimana aku direject..
kerna fizikal ku yg serba tak kena.. kerna hatinya dicri org lain..
tetapi.. baru2 ini.. pengakuan dibuat oleh Si Dia..
die berkata kepadaku yang dia sudah kembali single..
buat kali kedua Si Dia clash.. tapi ku bingung..
aku risau untuk berharap dgn Si Dia..
kerna runsingkan harapan ku tidak dibalas..
haish... sudah mempunyai teman yang menemani ku..
datang pula Si Dia yang sudah single..
aku berbelah bahagi!.. tidak tahu bagaimana..
bagiku.. itu cuma biasa shaja..
kerna aku dan Si Dia tidak mempunyai apa2..
Si Teman pula sentiasa menemaniku..
Aku cuma berharap.. Si Teman kekal menemani ku..
kerna..
aku tidak ada tempat lain utk mengadu..
kerna..
aku juga akan menemaninya..
InsyaAllah..

Wednesday, February 4, 2009

Jelas

Mlm ini ku bertanya pada si dia.. aku bertanya direct tentang hubungan kami.. ya.. nmpknya dia sudah ckp yg we are great frenz.. ok fine with that... and im satisfied with it.. sudah cukop untuk mejawab semua persoalanku.. walaupun hanya kawan.. tapi aku sudah gembira kerna aku sudah tidak perlu memikirkannya lagi.. minda ku bebas setelah sekian lama.. mungkin suatu hari nanti kawan itu akan berubah.. siapa tahu.. aku sungguh lega kerna setelah aku megetepikan malu dan segan aku.. dan mahukan jawapan yg betol2 jelas dan nyata.. mungkin akan ada sedikit segan pada hari kelas nanti.. tapi x mengapa kerna semuanya sudah terjawab..



aku bebas!

Tuesday, February 3, 2009

Buatmu

Ini adalah soalan buatmu :

- Adakah kisah silam kita tidak member apa2 makna buatmu?
- Adakah kamu sudah berpunya?
- Adakah kamu mempermaenkan aku?
- Adakah kamu juga menungguku?
- Adakah kamu bermesra dgnku hanya utk mengisi masa lapangmu?
- Adakah kamu sengaja memberikan harapan palsu kepadaku?
- Adakah aku hanya bertepuk sebelah tgn?
- Adakah aku tidak cukup sifat untuk memenuhi hasratmu?


Aduh!.. bagaikan hatiku ini di gesek di tgn2 jalan.. saket.. jika kamu membaca.. tlg lah memberikan jawapan pada persoalanku ini....

Monday, February 2, 2009

Dia

Si Dia sudah off9.. = (

Ini

Pada masa ini.. aku mengadap laptopku..ku buka skypeku.. da ku melihat si dia on9.. dgn harapan... keluarlah "Hye", "Askum" dari si dia.. tp apa pun tidak ku dpt... tak mengapalah..mungkin si dia busy membuat assignment dia..

Aku

Aku masih menunggu si dia.... aku lihat dia masuk ke kelas.. memegang hensetnya.. aku tertanya-tanya.. dengan siapakah dia bermaen msg?... aku amat bercelaru.. nafsuku untuk melihat si dia mengatasi segala-galanya.. gagalku tumpukan perhatian di kelas kerna dia.. ku sering berangan-angan.. mengingati segala kenangan manis aku dan dia.. mcm2 yg bermain difikiranku.. sebelum ini.. sudah ku fikirkan tentang hari jadinya yg masih lmbt lagi.. di bulan 6.. tp sudah ku fikirkan untuk memberikannya hadiah.. aduh!.. semuanya adalah fana dan mimpi.. aku amat kesal.. mengapa jadi begini.. adalah lebih elok jika semuanya kembali seperti dahulu.. indahnya hidupku.. pabila dia memanggil namaku.. aku begitu kaku.. tidak berkata-kata.. tetapi pabila ku lihat si dia memegang ensetnya... hati ku musnah.. hancur.. luhur... hatiku meronta-ronta untuk tahu dgn siapakah si dia berhubung.. aku tetap merasakan dia masih ada hubungan dgn ex-nya kerna mereka balik bersama sebelum cuti hari itu.. dgn sejak itulah hubungan kami berubah.. tetapi ku mengharapkan yg dia hanya menghubungi rakannya sahaja... setiap kali enset ku berbunyi di dlm kelas.. sejuta harapan.. beribu kegembiraan terpancar di wajahku.. ku sangkakan yg si dia yg memberikan msg kepadaku seperti waktu dahulu.. rutin harian kami.. bermanja di dlm kelas.. bermsg.. aduh!.. adakah begitu dalam cintaku terhadap si dia.. selepas kelas.. ku lihat dari jauh.. si dia berckp melalu ensetnya.. hatiku punah kembali.. mcm2 ku pikirkan.. aduh.. adakah aku harus menghubunginya untuk mendapatkan jawapan untuk semua soalan hatiku ini?.. aku takut.. takut utk dikecewakan....

Sunday, February 1, 2009

Debaran

Sudah 2 hari kelas start.. aku masih menunggu si dia..
moga-moga doaku termakbul..
amin..

Monday, January 26, 2009

Pemaaf

Aku sering bertanya pada diri.. adakah aku sorang yg pemaaf atau dlm erti kata laen seorg yang sng caer? sudah berkali ku patah hati dgn si dia... tapi pabila mendapat msg darinya.. hatiku riang.. riang bagai terbang di awan.. mahupun cara menulis msgnya tidak sama seperti dulu... aku tetap brpuas hati.. berpuas hati kerna dia akhirnya teringat akan kehadiranku dlm hidupnya.. ditambah pula dgn dia menulis blognya menggunakan nama manja kami bersama... hatiku bertambah gembira tak terkata.. ingatku banggakan bahawa nama yg digunakan adalah nmpk manja kami berdua.. tp apakan daya... aku tiada apa dgnnya.. tidak dideclare.. aku sering bertanya.. adakah aku masih menaruh harapan padanya?.. mungkinkah aku belom berputus asa dgnnya.. aduh.. mengapa aku begini?.. adakah ini kerna cintaku terhadapnya begitu mendalam.. sehinggakan FS ku dihantar comment2 oleh kwn2 lamaku tidak ku balas.. ku berharap setinggi langit yg dia yg memberi comment kepadaku.. mengapa terjadi begini terhadap diriku?.. aku runsing.. runsing berjuta persoalan..
Adakah dia mmg begini pabila berada di rumahnya?
Adakah segalanya akan berubah pabila kita kembali ke institusi?
Adakah aku mencintaimu begitu mendalam sekali?
Adakah si dia merasakan yg sama dan malu untuk berkata-kata?
Tolonglah aku!

Sunday, January 25, 2009

Terkilan

Tadi aku mencorak langkah dgn menghantar msg kepade si dia.. ku berfikiran positif dgn memikirkan si dia sedang menunggu msg dariku.. pabila ku hantarkan msg.. die membalas dan aku tidak nampak akan kerinduan dan penantian menunggu msg dariku... aku hampa.. kemudian die membahasakan dirinya dgn "aku".. aku amat terkilan kerna setelah sekian lama.. istilah " aku dan kau " sudah jauh meninggalkan kami.. aku terkilan dan tidak membalas msgnya dan dia tak memberikan respon... aku sedar.. yang dia tidak merindui aku mahupun mahu berkata-kata dgnku.. aku amat pasrah dan amat terkilan.. mungkin si dia mempunyai sebab2 tertentu yang tidak sempat dibicarakan bersamaku.. mungkin dia sudah mempunyai yg laen.. soalan2 kembali di otakku..
Mane pergi panggilan manja kite?
Mane kamu menghilang setelah sekian lama tanpa sebarang berita?
Kamu sudah ada buah hati kamu?
Adakah aku tiada tempat di hati kamu?
Adakah aku hanye tempat melepaskan kebosanan semasa di tempat kita belajar?
Mungkinkah family membuatkan kamu lupa akan aku?
Pemikiranku semakin kronik.. mungkin ku perlu bertenang da terus bersabar...

Konfius

Sudah 3 hari.. 3 hari tanpa msg dan misscall dari si dia.. setiap masa.. setiap saat.. setiap kali ku baring.. setiap kali ku bgn dari tidur.. setiap kali ku melihat ensetku.. sejuta harapan akan mendapat msg.. misscall itu pun sudah cukup buat ku.. setiap kali msg ku sampai.. ku berharapan kosong utk berharap ianya dari si dia.. ku pasrah.. setiap kali telefon ku brbunyi.. ku mengharapkan dari si dia... aku tegila-gila kan si dia.. setiap malam.. sebelum ku tidur.. ku tunggu enset ku utk berbunyi.. dgn harapan mendapat msg gud nite.. harapan kosong.. mcm2 ku fikirkan..


Adakah dia bersama familynya sehingga lupakan ku?
Adakah die keluar bersama "rakan"nya?
Adakah die menunggu msg dariku jua?
Adakah die sememangnya mengisi masa lapangnya bersamaku dan meninggalkanku pabila tidak diperlukan?


Hanya Tuhan yg mampu menjawab semua persoalanku ini...

Saturday, January 24, 2009

Bodoh??

Aku sering terpinga-pinga.. adekah aku ni bodoh?.. aku tgh tunggu org yg tak mungkin suke kat aku.. aku tgh syok sendiri bile die msg aku.. adekah aku ni benar2 bodoh?.. semasa di dalam bas.. ku sering mengharap si dia duduk di sebelahku.. pebila ade gadis masuk.. ku mengharapkan yg masuk itu adalah si dia.. cukup la sekadar aku melihat raut wajahnya.. cukup lah utkku melihat senyum manisnya dari jauh.. cukup lah utkku membuatnya sedikit gembira dan melupakan kisah silamnya.. tapi.. aku sering terpinga-pinga.. adakah ini cukup buatnya utk melupakan yg lame nak menghargai kehadiran diriku dlm hidupnya?.. ku rasakan ianya tidak berhasil.. mungkin kerana aku malu utk berterus terang dgnnya.. sedangkan utk berckp dgnnya pon aku terkertar-ketar.. ni pula meluahkan perasaan aku.. jauh sekali.. adakah aku ini bodoh dgn gembira terlonjak-lonjak pabila mendpt msg darinya?.. mmg aku gila.. setiap msg yg diberinya akanku hargai dan akan ku cuba untuk melanjutkan sessi bermsg walaupun aku sudah mati akal utk berkata-kata... huh!.. aku sudah letih..
Mungkinkah aku harus meneruskan perjuangan aku?
Mungkinkah aku harus melupakan si dia?
Mungkinkah aku haru melipat gandakan usahaku utk si dia?
Mungkinkah aku harus berterus-terang dgn dia?
aku takot... amat takot.. aku takot utk dikecewakan.. aku takot utk berhadapan dgnya.. aku hanyalah insan yg lemah yg dahagakan kasih syg.. kasih syg.... berilah ku sedikit sinar.. berikanlah aku sedikit peluang.. akan ku hargainya seluruh hayatku..

Lonjakan Hatiku

aku.. byk perkara yg kufikirkan.. mcm2 yg terlintas... mengenai seorang gadis yg amat menarik.. menarik minat ku sejak pandangan pertama.. ramai yg bersuara tiada cinta pandang pertama.. aku akur dgn itu.. kami belajar bersama-sama.. baek nakal sudah aku tahu.. tapi yg memasrahkan si dia sudah berpunya.. buah hatiku sudah berpunya.. bukan olehku.. tp org lelaki yg sgt beruntung.. aku hanya redha da pasrah... aku doakan kebahagiaannya... setelah setahun lebih bersama.. aku dpt berita yg die sudah single mingle.. hatiku melonjak gembira.. tapi aku tak dpt ambil peluang ini utk meluahkan perasaan aku kerna si dia amat menyintai yg lama.. ditangisi akan pemergiannya setiap hari.. aku yg sepatutnya gembira akan tetapi sedih dgn hal ini.. ini kah yg dinamakan rezeki atau ini menandakan hati si dia hanya utk lelaki lain.. aku pasrah sekali lagi.. akan tetapi setelah sekian lama.. hubungan kami semakin erat.. erat sgt2.... tp aku masih bingung.. rupa parasku x seberapa.. perwatakan ku tidak lah menarik kerna aku takot dgn kegagalan utk menggembirakannya.. aku tidak tahu apa harusku lakukan.. mcm2 yg kufikirkan..

adakah si dia rapat dgn ku hanya sekadar memenuhkan rasa bosannya?
adakah si dia rapat dgn ku hanya utk melupakan masa silamnya?
adakah si dia rapat dgn ku kerna die juga berperasaan sama sepertiku?
adakah si dia rapat dgn ku hanya sebagai rakan?

Aku bingung!!.. bingung kerna memikirkan semuanya!!..